Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan
bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga
belas rukun yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbi, fi'li dan qauli.
KATEGORI RUKUN
- Rukun qalbi (ﻗﻠﺒﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻠﺐ - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
- Rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻓﻌﻞ - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
- Rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻮﻝ - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.
No. | Rukun | Kategori | No. | Rukun | Kategori |
---|---|---|---|---|---|
1 | Niat | Qalbi | 8 | Duduk antara dua sujud | Fi'li |
2 | Berdiri betul | Fi'li | 9 | Duduk tahiyat Akhir | Fi'li |
3 | Takbiratul ihram | Qauli | 10 | Bacaan tahiyat akhir | Qauli |
4 | Membaca Al-Fatihah | Qauli | 11 | Selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir | Qauli |
5 | Rukuk | Fi'li | 12 | Salam | Qauli |
6 | I'tidal | Fi'li | 13 | Tertib | Qalbi |
7 | Sujud | Fi'li |
Jika tidak melaksanakan salah satu rukun solat tersebut maka solat itu boleh dikira tidak sah.... maka berwaspadalah dalam beribadat...