Sunday 11 December 2011

Adab melayan tetamu

 gambar hiasan

gambar hiasan


Hadith riwayat Bukhari dan Muslim:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaklah ia memuliakan tetamu"
1. Sentiasa menunjukkan sikap ikhlas apabila dikunjungi tetamu bergantung kepada kesesuaian masa kesediaan menerima tetamu - sentiasa bersedia

2. Sentiasa bersedia memberi khidmat kepada tetamu yang berkunjung
jiran yang nak melahirkan, sakit dsb

3. Sentiasa bangga memperkenalkan tetamu yang berkinjung kepada semua ahli keluarga dan tetamu yang lain contohnya: sekiranya ada majlis atau jamuan, tidak membeza-bezakan tetamu yang hadir seperti tempat duduk yang istimewa untuk tetamu istimewa

4. Sentiasa suka mengambil berat tentang kesihatan tetamu dan ahli keluarga dengan menanyakan kesihatan diri dan ahli keluarga orang yang berkunjung itu
sekiranya tetamu bermalam, tanyakan keselesaan, perlukan bantuan dll

5. Sentiasa melayan tetamu dengan penuh kemesraan dan kehormatan
senyum terukir, kata-kata yang sedap didengar

6. Sentiasa peka dengan sifat dan amalan yang kurang baik seperti membeza-bezakan tetamu mengikut darjat dan kedudukan selalu berlaku dalam bentuk hidangan
tidak mengapa jika yang dihormati itu seorang yang lebih ilmunya, lebih wara'nya, lebih tua, tetapi bukan kerana kekayaan hartanya

7. Mencari jalan supaya tetamu cepat berasa selesa melalui pertemuan itu.

8. Sajikan makanan atau minuman sekadar yang termampu. Keselesaan untuk tuan rumah dan tetamu .Yang penting keikhlasan dan tidak membebankan.Tidak menimbulkan kekecohan dalam rumahtangga

9. Berbual-bual dengan mereka mengenai sesuatu yang bermanfaat
elakkan perbincangan mengenai keburukan orang lain berbincanglah mengenai bagaimana hendak memperbaiki kehidupan dll

10. Akhiri perbualan dengan tasbih kafarah

11. Hantar tetamu ke muka pintu sebagai langkah menghormati mereka

12. Iringilah perpisahan dengan doa-mendoakan

13. Mempelawa tetamu agar berkunjung lagi ini akan menunjukkan kita gembira menerima kedatangan mereka

14. Nyatakan bahawa anda senang dengan kedatangan mereka membawa rezeki
merapatkan lagi hubungan

Friday 25 November 2011

Rukun Solat

gambar hiasan

solatlah dimana-mana shj 



 RUKUN SOLAT

 Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbi, fi'li dan qauli.

KATEGORI RUKUN

  • Rukun qalbi (ﻗﻠﺒﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻠﺐ - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
  • Rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻓﻌﻞ - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
  • Rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻮﻝ - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.

No. Rukun Kategori No. Rukun Kategori
1 Niat Qalbi 8 Duduk antara dua sujud Fi'li
2 Berdiri betul Fi'li 9 Duduk tahiyat Akhir Fi'li
3 Takbiratul ihram Qauli 10 Bacaan tahiyat akhir Qauli
4 Membaca Al-Fatihah Qauli 11 Selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir Qauli
5 Rukuk Fi'li 12 Salam Qauli
6 I'tidal Fi'li 13 Tertib Qalbi
7 Sujud Fi'li

Jika tidak melaksanakan salah satu rukun solat tersebut maka solat itu boleh dikira tidak sah.... maka berwaspadalah dalam beribadat...



Tayamum

 tiada air???

 debu tanah yg suci...

 bagaimana hendak mengangkat hadas kecil / berwudhuk tanpa air yg mencukupi atau uzur yg tidak dibolehkan menggunakan air (takut memudaratkan)???

MAKA BERTAYAMUMLAH



DEFINISI 
Tayammum ialah menyapu debu kemuka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. Tayammum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi. Tayammum di segi syarak adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wudhuk atau mandi wajib (mandi junub).
Dengan tayammum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat-sunat.

SYARAT-SYARAT

  • Sudah masuk waktu.
  • Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.
  • Dengan debu yang suci.
  • Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit.
  • Suci dari najis.

Fardu (rukun) Tayammum

Rukun tayammum ada empat:

  • Niat, dengan lafaz “Sengaja aku bertayammum untuk membolehkan mengerjakan solat karena Allah Ta’ala”.
  • Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku cukup sekali dengan debu yang suci
  • Meratakan debu yang suci itu pada seluruh anggota tayammum, iaitu muka dan kedua tangan
  • Tertib melakukannya. 

KAIFIAT (CARA-CARA)

  • Meletakkan dua belah tangan di atas debu untuk disapukan ke muka.
  • Menyapu muka dengan debu, dua kali
  • Menyapu kedua belah tangan sampai ke sikut dengan debu
  • Mentertibkan rukun.
Anggota tayammum adalah muka dan dua tangan (hingga ke siku) sahaja. Kaki tidak termasuk sebagai anggota tayammum.


SUNAT-SUNAT KETIKA TAYAMUM

  • Membaca bismillah
  • Menipiskan debu
  • Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
  • Tertib

YANG MEMBATALKAN TAYAMUM

  • Setiap yang membatalkan wuduk
  • Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit
  • MURTAD (keluar Islam)